Semua cuti anggota polis pada bulan Mac, April dan Mei dibekukan menunjukkan satu lagi petanda Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir berlaku.
Menurut Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Abdul Ghafar Rajab, pembekuan itu diumumkan dua hari lalu dan terpakai kepada semua anggota PDRM termasuk kepimpinan kanan Bukit Aman.
“Ia sebahagian persediaan kami untuk pilihan raya akan datang. Pembekuan semua cuti, termasuk cuti perjalanan dalam negara akan dikenakan sebaik sahaja tarikh pilihan raya diumumkan,” katanya kepada sumber.
Menurut sumber, PRU14 perlu diadakan pada atau sebelum Ogos ini. Namun, pembekuan itu bagaimanapun tidak melibatkan lawatan kerja ke luar negara pengarah Bukit Aman, katanya lagi.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Azizan Abu Bakar juga menjelaskan bahawa sekitar 130,000 anggota polis akan digerakkan semasa pilihan raya.
Berikutan itu, polis sudah melakukan sesi latihan sebagai persediaan pilihan raya, kali terakhir ia dilakukan adalah awal Mac lalu, kata Azizan.
Latihan itu melibatkan empat situasi iaitu tempoh selepas Parlimen dibubarkan, hari penamaan calon, hari pengundian dan ketika keputusan pemilihan diumumkan, katanya.
Semalam menurut sumber, dilaporkan bahawa Suruhajaya Pilihan Raya sudah menempah semua pesawat daripada dua pembekal perkhidmatan helikopter peribadi di Sabah untuk April dan Mei.
Sumber: Siakapkeli.my
from Sehinggit Media http://ift.tt/2FvFQZi
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ChTksO
via MerahHatiCintaku.blogspot.com