Saturday, 24 February 2018

Isteri Dilarikan Pekerja, Lelaki Diugut Bayar RM100,000


Seorang lelaki diugut untuk membayar RM100,000 jika mahu isteri yang dipercayai dilarikan pekerjanya dikembalikan kepadanya.

Memetik Harian Metro, Lim Seng Lee, 38, juga pemilik pusat aksesori kereta di Bukit Mertajam tinggal di Taman Tenang bersama isteri, Tran Thi Dieu Huong, 29, yang juga warga Vietnam.

Menurut laporan, sebelum kejadian mangsa meninggalkan isterinya di rumah untuk keluar minum bersama rakan kira-kira jam 10 malam pada 4 Februari lalu.

Malangnya, sebaik pulang ke rumah pada jam 2 pagi, dia dapati isterinya hilang bersama barang kemas serta beberapa barang berharga lain, kata Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Pulau Pinang, Gui Guat Lye.

“Selain barang berharga, pasport, beg pakaian serta wang tunai RM30,000 juga hilang.

“Dia yang risau dengan keselamatan isterinya membuat laporan polis pada keesokan hari,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, pada 6 Februari lalu Lim menerima panggilan telefon daripada orang tidak dikenali meminta RM100,000 sebagai wang tebusan untuk membebaskan isterinya.

“Keesokan hari dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang dikenali memberitahu dia akan mendapatkan kembali isterinya dan meminta upah RM400.

“Selain itu, dia berkata, lelaki yang dipercayai pekerjanya itu tahu di mana lokasi isterinya berada dan meminta Lim tidak membesarkan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid kes disiasat mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Sumber: CARI


from Sehinggit Media http://ift.tt/2HGbMuB
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oqpPfT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com