Wednesday, 28 February 2018

KECEWA: Lelaki Ini Beli Handphone Samsung Di Lazada Berharga RM3219. Yang Sampai Cuma Tisu Basah. Ini Tindakan Lelaki Ini Kepada Lazada Yang Mengejutkan...


Kita sebagai pengguna atau pelanggan, lebih memilih untuk membeli barangan elektronik melalui dalam talian kerana harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan di kedai, walaupun sudah termasuk dengan caj penghantaran.

Ini kerana ianya lebih mudah dan senang. Namun sebelum kita membuat apa-apa pembelian, kita perlulah meneliti setiap perkara bagi mengelakkan daripada kes penipuan terjadi.

Seperti lelaki ini, yang telah meluahkan rasa kesalnya apabila barangan yang dia ingin dibeli, malah sudah buat pembayaran, masih belum diterima sehingga sekarang. Menurut Ivan Liew menerusi laman Facebooknya, dia telah mengeluarkan status di mana dia telah membeli Samsung Galaxy Note 8 menerusi laman rasmi Lazada sejak 12 Disember yang lalu, namun masih belum diterimanya hingga sekarang. SERIOUSLY?!

Difahamkan, produk tersebut dijual dan dihantar sendiri oleh pihak Lazada seperti yang tertera di websitenya. Juga tertera di website itu, telefon bimbit berkenaan dijangka akan diterima antara 16 Disember hingga 20 Disember. Ivan telah membuat pembayaran sebanyak RM 3219.00 melalui kad kredit CIMB visamiliknya.

“Pada 15 Disember lebih kurang jam 1 tengah hari, saya telah periksa pengesan kod dapati barang telah dalam perjalanan penghantaran. Pada hari yang sama jam 9 malam, saya telah mengesan lagi kod tersebut, dapati barang tersebut gagal dihantar”


Kata Ivan, pada 16 Disember dia telah menerima barang berkenaan yang dihantar oleh seorang lelaki melayu dengan menggunakan kereta persendirian berwarna putih, tanpa ada apa-apa lambang atau tulisan syarikat. Sebaik sahaja menerima, dia terus membuka kotak tersebut, dan apa yang mengecewakannya, kotak tersebut hanyalah berisikan dua paket tisu basah. Jahatnyaaaa!!

Sejurus sahaja daripada kejadian ini, dia terus membuat laporan polis dan menghubungi perkhidmatan pelanggan Lazada. Dia memulangkan semula dua paket tisu basah berkenaan kepada lazada, namun hingga sekarang dia masih belum terima apa-apa daripada pihak mereka.



Pada 16 Januari baru-baru ini, dia telah menghubungi pihak Pos Laju bagi memastikan barang yang dipulangkan kepada pihak Lazada sudah diterima, namun pihak Lazada masih belum mengesan kod barangan tersebut, membuatkan status barang itu masih belum diterima. Alahai kesiannya…


“24 Februari ni genap dua bulan saya tak dapat apa-apa maklumat daripada Lazada. Saya tak sangka, ini cara Lazada layan pelanggan mereka!”

Alahai kesiannya.. Bayar mahal-mahal, tapi dapat dua paket tisu basah je.. Harap semua hati-hati lah beli online tu ye…



from Sehinggit Media http://ift.tt/2t6kNcS
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2t2qrwF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com