Monday, 26 February 2018

Kes Toyota Wish: “Isteri Saya Teraniaya Oleh Kawan Baiknya Sendiri” – Joey


Nampaknya isu kegagalan Watie Sadali menyelesaikan bayaran pinjaman kereta Toyota Wish yang dibeli menggunakan nama Hana Adnan akan mengambil masa lebih panjang susulam Hana mendakwa Watie masih belum menjelaskan sesen pun bayaran kepada Hana seperti perintah mahkamah.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, Joey mendakwa Watie telah dianiaya oleh Hana dan sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes tuntutan saman Hana.

Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri. Sebagai suami, saya akan berada di belakangnya dan sentiasa di sisinya ketika susah dan senang.

Menurut Joey, ada seorang peguam yang membantu mereka secara sukarela:

Watie sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes itu dan pendaftaran kes sudah dibuat di Mahkamah Selayang baru-baru ini.

Ia membabitkan kadar bayaran yang sudah diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.

Alhamdulillah, ada peguam yang sanggup membantu kami secara sukarela dalam kes ini.

Joey mendakwa Watie tidak mampu menjelaskan bayaran yang diperintahkan pada Hana:

Maklumlah, sebagai artis, kami tidak ada pendapatan tetap dan ia juga menyukarkan isteri untuk membuat pembayaran mengikut kadar ditetapkan pihak mahkamah itu.

Saya hanya serahkan kepada Allah S.W.T siapa yang betul dan salah dalam kes ini.

Saya percaya ramai yang tahu cerita sebenar. Kami sudah berusaha untuk selesaikan kes ini cara baik tapi pihak sebelah sana yang tidak boleh terima.

Mahkamah Sesyen Selayang memerintahkan Watie untuk membayar sejumlah RM112,000 pada Oktober tahun lalu selepas Hana memenangi kes terbabit.

Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 40, memenangi saman membabitkan Watie berhubung kegagalannya menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli Toyota Wish pada 10 Mac 2015.

Mahkamah juga memerintahkan Watie untuk membuat bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat.

Sumber: beautifulnara


from Sehinggit Media http://ift.tt/2Cm7Yzc
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CMalqU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com