Thursday 22 February 2018

Gadis Trivago Dapat Anak Perempuan


Pengacara televisyen (TV) dan juga model iklan Trivago, Dahlia Shazwan selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Bayi comel seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan kira-kira jam 3.15 pagi.

Berita gembira itu dikongsi oleh penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly melalui aplikasi Insta Stories dengan kapsyen:

“Tahniah, Mummy Dahlia! Assalamualaikum baby F,” tulisnya.


Kapsyen itu juga disertakan dengan foto merakamkan wajah Dahlia yang sedang tersenyum disamping anak pertamanya.

Bagaimanapun, wajah anaknya tidak didedahkan dan ditutup dengan emoticon berbentuk ‘love’.

Terdahulu, Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, yang lebih dikenali menerusi iklan Trivago ini berkahwin dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media http://ift.tt/2ELmEJJ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FntceL
via MerahHatiCintaku.blogspot.com