Saturday, 24 February 2018

Tepuk Dahi Saya Tengok, Mentaliti Membimbangkan, Orang Putih Suka Cungkil Bakat, Kita Pula Suka Tularkan Benda Merepek


Baru-baru ini, telah tular di laman sosial sebuah video yang memaparkan dua orang pasangan kekasih dengan aksi manja yang tidak sepatutnya ditayang kepada khalayak ramai.

Bukan apa, media sosial seperti Facebook, Instagram ataupun Twitter ini bukan sahaja dilihat oleh orang dewasa yang boleh berfikir secara waras. Malah, remaja bawah umur dan juga kanak-kanak juga sudah memiliki akaun media sosial.

Tidak manis kita sebagai orang dewasa yang sudah dikurniakan akal yang waras menunjukkan contoh yang kurang baik kepada adik-adik yang masih bersekolah.

Program televisyen juga harus memainkan peranan yang penting untuk menyiarkan rancangan-rancangan yang boleh memberi input berguna kepada para remaja untuk membina akhlak yang baik.

Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang juga bertugas di sebuah pusat tahfiz, Hasanah Muhsin.

Menurut Hasanah, di luar negara ada sebuah program yang dinamakan Little Big Shot iaitu satu program yang mencungkil bakat yang bertujuan dan ada maknanya disitu.


Berbeza situasi itu di Malaysia, apabila yang tular pasal cendol dan pandai tiru suara selebriti yang diangkat ke kaca tv dan disiarkan kepada rakyat Malaysia. Mentaliti sebegini amat membimbangkan dan harus dipandang serius.

Jom ikuti perkongsian Hasanah Muhsin yang mungkin boleh membuka mata dan minda rakyat malaysia agar tidak lagi menularkan perkara yang tidak sepatutnya dan lebih mengfokuskan tentang pembentukan sasiah dan akhlak diri kita. Semoga bermanfaat.

Mentaliti masyarakat yang membimbangkan. Ini SERIUS!!

Jika kita lihat Little Big Shots: mencungkil bakat2. Orang putih punya Show. Ada tujuan dan makna.Tapi hiburan di Malaysia, bukan cungkil bakat. 
Cungkil perkara yang MEREPEK! Malu.

Cth: Viral Awek Cendol? Terer tiru suara orang? Apa ni? Dah tak ada isu penting dalam hidup kita sebagai orang Islam? Kenduri kahwin menari Lagu Panama? 

Tepuk dahi saya tengok.


Belum masuk lagi lambakan segala jenis Rancangan lawak2.. Semua ini tak membina jati diri anak-anak. Tak siapkan anak kita sebagai seorang Khalifah yang akan pimpin Negara satu nanti.

Dan lambakan Kosmetik yang diceburi oleh orang lelaki. Penjual tak apa lagi. MUA itu yang tak boleh terima. Buat live makeup muka sendiri BAGI LELAKI, kemudian di sokong dan beli produk orang begitu bermakna anda merasakan lelaki menyerupai perempuan itu Normal. Nauzubillah min zalik.


Apa tujuan semua ini? Lambakan Hiburan yang tidak membangun.Tolonglah Tapis! Ingat kata2 ni. Jika kita nak lihat masa depan negara,lihatlah para remajanya. Diharapkan anak- anak Remaja kita dibekalkan dengan Ilmu, Amal dan Iman.

Kembalilah cara Hidup Islam. Berpandukan Alquran Dan Sunnah. Kalau bukan kita, SIAPA? 

Sumber:- Siakapkeli.my


from Sehinggit Media http://ift.tt/2oyEPXY
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BNCuRj
via MerahHatiCintaku.blogspot.com