Friday, 23 February 2018

Rogol Bergilir-gilir Gadis 17 Tahun, Sembilan Anggota Tentera Ditahan Reman


JOHOR BAHRU: Sembilan anggota tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan satu kes rogol bergilir-gilir seorang gadis berusia 17 tahun di Kluang, pada pertengahan Disember lepas.

Kesemua anggota tentera lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan semalam sebelum dibenar reman bermula hari ini. 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan semalam sebelum dibenar reman bermula hari ini.

"Saya mengesahkan (polis menerima) laporan yang dibuat (mangsa). Sembilan yang ditahan direman tujuh hari hingga 1 Mac," katanya ketika dihubungi, di sini.

Difahamkan kesemua anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang tersebut ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi semalam.

Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut. -- Bernama


from Sehinggit Media http://ift.tt/2HHd1tB
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CF3Cib
via MerahHatiCintaku.blogspot.com