Friday 2 February 2018

Teguran Wanita Kristian Terhadap Datuk Aliff Syukri Buat Ramai Tersentap.!!


Datuk Aliff Syukri baru-baru ini ada mengemaskini status di Instagram dan Facebook miliknya tentang percutiannya ke pulau Lombok yang terletak di Timur Indonesia bersama isteri tercinta. Dikenali sebagai seorang yang selalu menimbulkan kontroversi dan mendapat perhatian netizen, sudah pasti dia harus berjaga-jaga akan setiap kemaskini di media sosial.


Pada satu kemaskini gambar yang dimuatnaiknya, dia memperlihatkan sekeping gambar jagung dengan keterangan mengecam penjual jagung di situ yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan hampir 25 ribu Rupiah untuk seketul jagung yang dibelinya. Didalam keterangan itu juga dia menyelitkan jumlah jagung yang dibeli dan menyatakan ia dibeli dan disedekahkan kepada orang disitu.

Namun nampaknya ada beberapa netizen yang tidak senang dengan ayat tersebut dan mempersoalkan perlukah dia menyatakan tentang sedekahnya itu. Seorang wanita Kristian juga telah meninggalkan komen yang menyebabkan kami sendiri agak tersentap.

Wanita tersebut menceritakan dia merupakan penganut agama Kristian manakala abangnya seorang penganut Islam, dia pernah memberi sedekah pada orang miskin ketika disekolah dan pulang memberitahu abangnya dengan harapan abangnya akan memuji tindakan itu. Namun sebaliknya berlaku apabila abangnya menasihati dirinya untuk tidak mempunyai perasaan begitu.


Abangnya memberi perumpamaan keikhlasan bersedekah itu seolah tangan kanan memberi manakala tangan kiri tidak tahu akan pemberian itu, ia ditujukan pada perbuatan Datuk Aliff yang acapkali memberitahu di media sosial akan kebaikan yang dibuatnya saban hari.

Rata-rata netizen membalas komen wanita tersebut dengan komen-komen positif tak kurang juga ada yang meninggalkan komen merasa malu kerana dia lebih tahu akan hal tersebut berbanding orang Islam yang lain. Nampaknya sebagai seorang usahawan terkenal perlu lebih berhati-hati dalam sebarang kemaskini media sosial kerana banyak orang yang memerhati dan menilai setiap ayat yang ditulisnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: http://ift.tt/2vtVXjd


from Sehinggit Media http://ift.tt/2nwjJdp
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DXpUkM
via MerahHatiCintaku.blogspot.com