KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kes COVID-19 pulih dan dibenarkan keluar hospital.
Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ia menjadikan bila pesakit yang sudah keluar wad adalah sebanyak 60 kes.
Dr Adham turut berkata, mereka yang positif dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 15 kes.
Selain itu, katanya, sebanyak 117 kes baharu COVID-19 dikesan hari ini, sekali gus menjadikan keseluruhan sebanyak 790 kes positif penyakit itu dicatat setakat ini.
Beliau berkata, daripada 117 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 80 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
"15 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan," katanya.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Wn932R
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TZBuST
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
