Solat hajat serentak akan dilaksanakan di seluruh negara pada hari ini (Jumaat) selepas zohor di rumah dan tempat masing-masing berikutan situasi terkini yang melanda negara.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan di Twitter sebentar tadi.
Menurut Dr Zulkifli, solat hajat ini diadakan selepas menerima titah dari Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau juga menyeru umat Islam di seluruh negara supaya menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ini dan memenuhi hari Jumaat anda dengan zikrullah.
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) March 26, 2020
Sumber: Twitter @drzul_albakri
from Sehinggit Media https://ift.tt/2UFMFiQ
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dznAyI
via MerahHatiCintaku.blogspot.com