Seluruh umat Islam di Malaysia disarankan untuk menyahut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara, esok.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk DrZulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Solat Hajat itu boleh dilaksanakan selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing serta memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya.
Baca : Setiap Doa Dan Permintaan Kita, Pasti Allah Akan Kabulkan
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong hari ini, menitahkan kepadanya supaya memberi cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
Berdasarkan taakulan saya (membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik), dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada Jumaat (esok) 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing.
Baca : Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW Untuk Menolak Wabak & Penyakit
Renungkanlah firman Allah SWT:
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186),”
Malaysia ketika ini sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan COVID-19 yang turut menyaksikan jumlah kematian meningkat ke 21 kes dan kes jangkitan melebihi 1,700 setakat semalam.
Baca : Anehnya Doa Nabi Yunus A.S
sumber : berita harian
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/39h0PfD
via Denaihati.com