Susulan kenyataannya mencadangkan agar pihak kerajaan tidak meminggirkan penggiat seni yang turut terjejas kerana lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Black Hanifah menerima kecaman hebat daripada netizen.
Bengang dirinya dituduh suka meminta, Black berkata cadangannya itu disalah anggap oleh netizen kerana ia disuarakan bagi pihak anak-anak seni yang berdepan kesempitan akibat tiada kerja susulan wabak COVID-19.
“Saya nak terangkan apa yang dikatakan dalam akhbar semalam bukan untuk saya! SAYA hanya suarakan bagi pihak artis yang memerlukan. Susah kalau netizen tak baca artikel penuh dan terus menghentam.
“Saya sendiri akui banyak persembahan dibatalkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi buat masa ini kewangan saya masih kukuh dan mencukupi. Saya hanya suarakan kesusahan selebriti lain,” katanya kepada mStar Online.
Akui dikecam teruk oleh netizen, Black menegaskan kenyataannya itu adalah untuk mereka yang tiada kerja susulan PKP kerana bukan semua artis kaya dan ada yang layak menerima bantuan seperti rakyat Malaysia yang lain.
“Ramai yang kecam saya di Instagram, ada yang kata sebelum ini saya tunjuk kemewahan, sekarang nak minta bantuan pula!
“Saya pun bukan bodoh sangat, dah tunjuk mewah, jalan sana sini di Instagram lepas itu takkan nak minta bantuan. Dalam isu ini saya hanya bawa suara mereka iaitu penggiat seni yang kesempitan hidup kerana tiada job.
“Bukan semua artis itu kaya, ada juga yang sedang berdepan kesulitan hidup dan mereka juga layak dibantu sama seperti rakyat Malaysia yang lain,” katanya.
Sumber: Rotikaya
from Sehinggit Media https://ift.tt/2wE7ZwY
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3aqzTv2
via MerahHatiCintaku.blogspot.com