Monday, 16 March 2020

COVID-19: Jangan Balik Kampung, Kekal Di Mana Anda Berada - Pakar


KUALA LUMPUR: "Jangan balik kampung, kekal di kawasan masing-masing."

Ini pesan ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman kepada rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac.

"Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar.

"Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan," kata beliau dalam program Consider This di Astro AWANI 501 malam tadi.

Dr Adeeba memberi respon kepada kemungkinan ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan akibat penularan COVID-19.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media https://ift.tt/3d6MZ2w
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WjZbaf
via MerahHatiCintaku.blogspot.com