Sunday, 1 March 2020

Covid-19 tiga pemain Juventus dijangkiti dan banyak perlawanan liga dibuat dalam stadium tertutup

Di Itali setakat hari ini, mangsa kepada wabak Covid-19 yang berasal dari Wuhan, China meningkat berganda-ganda yang terkini mencatat angka 1,128 dengan 29 kematian.

Kerajaan Itali menjangkakan bahawa angka mangsa yang terkena wabak ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Justeru mereka telah meminta semua rakyatnya agar berada di rumah dan kurangkan aktiviti di luar.

covid-19-terkini

Pegawai perubatan Itali merujuk COVID 19 ini sebagai ‘wabak paling ganas selepas SARS. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna, manakala Bergamo dan Milan.

Liga bola sepak Itali juga terkena kesan wabak Covid-19. Sebelum ini perlawanan UEFA Europa League antara Inter Milan vs Ludogorets Razgrad telah diadakan dalam stadium tertutup.

Juventus telah mengisytiharkan ‘darurat’ dengan menghentikan seluruh sesi latihan dan meletakkan semua pemain bawah-23 tahun ke dalam pusat kuarantin selepas tiga pemain dan seorang pegawai pasukan dilaporkan telah dijangkiti wabak coronavirus.

covid-19-serang-pemain-juventus

The Old Lady dalam satu kenyataan media menyatakan keputusan drastik ini perlu diambil selepas skuad muda mereka berkunjung ke Pianese dalam aksi Serie C yang berkesudahan dengan Juventus menang 1-0.

Juve turut menahan pemain muda mereka di rumah sehingga 8 Mac ini selepas beberapa pemain dilaporkan telah menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka mempunyai simptom penyakit itu.

Semua perlawanan liga di utara Itali akan dibuat dalam stadium tertutup antaranya pertembungan yang dinanti ramai Juventus dengan Inter Milan.

Perlawan lain yang juga akan dibuat dalam stadium tertutup adalah Udinese vs Fiorentina, AC Milan vs Genoa, Parma vs SPAL dan Sassuolo vs Brescia.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/39fqsOC
via Denaihati.com