
PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad kini bukan lagi Pengerusi atau sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).
Beliau berakta, PH ketika ini hanya dianggotai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan hanya wakil daripada tiga parti itu yang hadir pada mesyuarat PH pagi tadi.
Beliau bagaimanapun tidak menolak sebarang kerjasama dan perbincangan dengan Dr Mahathir atau mana-mana individu dan kumpulan yang mahu bergerak bersama PH.
“Sekarang ini dan setakat hari ini, beliau (Dr Mahathir) bukan anggota PH. Namun, kita terbuka untuk berbincang.
“Beliau (Dr Mahathir) ada menjemput beberapa pemimpin PH untuk bertemu hari ini, namun saya tidak dapat hadir kerana ada sesi sidang media ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2IH5KLS
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3b4e7gT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com