Isteri bekerja, isteri berniaga, isteri ada pendapatan sendiri, NAFKAH TETAP KENA BAGI
Kewajipan suami tidak akan terlepas atau terbatal walaupun isteri ada pendapatan bulanan sendiri. Tak kisahlah walau gajinya lebih tinggi atau keuntungan perniagaannya lebih banyak dari suami
Ini kerana kedudukan suami itu dalam rumahtangga
Suami itu ketua, suami itu pemimpin dan suami bertanggungjwb ke atas apa yg dipimpinnya iaitu isteri dan anak2…diakhirat kelak, suami akan ditanya tentang kebajikan isteri dan anak-anak
Tanggungjawab hakiki utk menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan seorang isteri masih dibahu suami walau apa jua pekerjaan isteri
Suami tak boleh paksa isteri utk bayar hutang suami, suami tak bleh rampas duit isteri utk kegunaan suami
Duit isteri tetap duit isteri walau suami yg membenarkan isteri bekerja atau berniaga
Sekiranya suami ingin mengagihkan komitmen keluarga dgn cara “ini awak bayar, itu saya bayar”, maka suami perlu dapat izin dan redha isteri…isteri perlu ada kesedaran utk membantu meringankan bebanan suami dlm menanggung keluarga…kebiasaannya, ini cara yg diamalkan oleh kebanyakkan suami dan isteri yg bekerja/berniaga
Suami bayar rumah, isteri bayar kereta
Suami beli brg mentah, isteri bayar yuran sekolah
Suami bayar bil utiliti, isteri bayar duit mkn hari-hari
Suami masih wajib untuk menanggung apa yang sepatutnya ditanggungnya dengan kemampuan yang dia ada, jika suami masih ada duit lebih selepas dibantu isteri, maka suami perlu ambil lagi bebanan yang ada dibahu si isteri
Kewajipan menafkahi akan terlepas sekiranya si isteri redha untuk suami tidak menyediakan makan minum, pakaian, perubatan dan tempat tinggal kerana si isteri mampu untuk melakukan yang sedemikian dengan pendapatan yang dia ada…jika tidak, NAFKAH TETAP KENA BAGI
Sumber: FB Firdaus Shakirin
from Sehinggit Media https://ift.tt/2TvyvjH
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TkVIq5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com