Tuesday, 17 March 2020

Jangan balik kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Pakar kawalan penyakit berjangkit, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, berkata masa Perintah Kawalan Pergerakan ini balik kampung pun tak boleh.

Tindakan balik kampung atau bercuti dalam negeri untuk tempoh dua minggu ke depan hanya akan menggagalkan langkah kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Covid-19.

Tujuan utama arahan yang dikeluarkan ini ialah mengehadkan sebarang pergeraka, meminumumkan kontak dalam kalangan orang ramai yang boleh menyebarkan virus.

Dua minggu ini je tak boleh balik kampung selepas tu boleh balik tiap-tiap bulan ziarah emak ayah.

Masa tak bolehlah kita sibuk nak balik kampung, masa lain sibuk pergi bercuti tempat lain.

Kepada yang perlu buat perjalanan kecemasan perlu memaklumkan kepada balai polis terdekat untuk mendapat dokumen perjalanan.

[MOVEMENT CONTROL ORDER / PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN]

Ramai yang tanya mengenai majlis kahwin, majlis tahlil, balik kampung dan sebagainya.

Jawapannya TIDAK dibenarkan.

Jika ingkar bagaimana?

Menurut peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 itu dibaca bersama dengan Seksyen 24(a) Akta yang sama menjadikan KEINGKARAN LARANGAN yang akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 3020 adalah satu KESALAHAN JENAYAH.

Anda boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Bekas pegawai perubatan, Dr Amar Singh HSS, berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tidak sepatutnya dimanfaatkan sebagai waktu untuk bercuti.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/33A4PXr
via Denaihati.com