Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Khurafat itu adalah perkara yang membawa kepada kekufuran dan karut. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam garis panduan Khurafat dan Azimat menyatakan khurafat sebagai cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.” (Jakim, 2008)
Baca : Nama Dan Gelaran Boleh Mempengaruhi Sikap Kita
Jelas bahawa khurafat adalah perbuatan syirik dan dosa besar lantaran ia merosakkan akidah kerana mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain. Firman Allah SWT :
Allah tidak ampunkan dosa syirik sementara Dia memaafkan dosa-dosa yang lain. Maka sesiapa yang mempersekutukan (syirik) kepada-Nya sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.”
(Surah al-Nisa’, ayat 48)
Mereka yang melakukan perbuatan khurafat wajib bertaubat kepada Allah SWT untuk menyelamatkan akidah daripada kekufuran.
Baca : Barang sihir di sekitar rumah, ini cara untuk menemukannya…
Firman Allah SWT lagi :
Katakanlah (wahai Muhammad) tiada sesuatu pun akan menimpa kami melainkan dengan ketentuan Allah. Dialah penolong kami, maka hendaklah orang yang beriman itu bertawakal kepada Allah.”
(Surah al-Taubah, ayat 51)
Segala sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita adalah dengan ketentuan-Nya. Jangan kita terlalu percaya dengan perkara-perkara yang syirik dan menyesatkan akidah kita. Perbuatan menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah perbuatan syirik.
Rasulullah SAW memberi amaran:
Menyandarkan keburukan kepada sesuatu ialah syirik dan tidak termasuk ke dalam golongan kami melainkan mereka yang beriman sahaja. Sesungguhnya Allah menghilangkan syirik itu dengan tawakal.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga janganlah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah.
Baca : Kelebihan Mengamalkan Ayat Al-Kursi
Kita perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
Wallahu’alam
Sumber : Hmetro
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/32Ez7Yf
via Denaihati.com