Friday, 13 March 2020

Ruhainies Dedah Berat Badannya Hanya 38 Kg Sahaja


Jika dilihat bentuk fizikal pelakon Ruhainies, pasti ramai yang mengatakan nampak biasa sahaja. Namun, Ruhiainies mendedahkan dia sebenarnya kekurangan berat badan iaitu hanya 38.7 kilogram sahaja.

Ruhinies berkata dia mengakui dirinya mengalami masalah kurang berat badan sejak dulu lagi. Ujarnya lagi, dia juga tidak suka ditanya mengenai berat badannya. Perkara itu didedahkannya apabila ada pengikutnya bertanyakan tentang soalan itu.


“Saya selalu sangat dapat soalan (tanya berat badan) macam ini namun saya enggan jawab sebab saya tak suka. Tapi tak apalah, saya jawab je, berat saya ialah 38.7 kg. Underweight, saya tahu..saya tahu,” katanya.

Sebelum ini, Ruhainies pernah mendedahkan dia tidak pernah mengawal diet pemakanannya kerana walaupun dia makan dengan banyak berat badannya sukar untuk bertambah.

Sumber: Rotikaya.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2U6c0lJ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TKB9Dr
via MerahHatiCintaku.blogspot.com