
KEMENTERIAN Kesihatan mengesahkan satu lagi kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) menjadikan dua kematian akibat virus itu dalam negara hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pesakit kes ke-178 membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 34 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur dan mengalami demam pada 5 Mac lalu.
“Pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dan disahkan positif Covid-19.
“Lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan dan kesihatan mangsa mula merosot sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan disahkan meninggal dunia hari ini,” katanya dalam sidang media hari ini.
Dr Adham berkata, pesakit kedua meninggal dunia adalah kes ke-358 iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun.
“Pesakit mempunyai sejarah penyakit kronik termasuk kencing manis dan dikesan mempunyai gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas.
“Mangsa dirawat di Hospital Umum Sarawak sebelum disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Insentif).
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pagi tadi di hospital berkenaan,” katanya.
Hari ini, sebanyak 120 kes baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan kes di Malaysia berjumlah 673 kes.
Beliau berkata, daripada jumlah itu 95 kes positif berkaitan kluster tabligh di Masjid Sri Petaling.
TERKINI: Dua kematian #COVIDー19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 17, 2020
1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 thn yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.
Beliau bergejala mulai 5 Mac & dirawat di Hospital Permai
pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia hari ini.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 17, 2020
2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hosp. Umum Sarawak pd 14 Mac.
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media https://ift.tt/2TYDdrD
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ISmZKb
via MerahHatiCintaku.blogspot.com