Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan solat Jumaat 13 Mac 2020 di seluruh negeri ini diganti dengan solat Zuhur di rumah masing-masing selepas mengambil kira situasi penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Selepas mendapat pandangan dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai Covid-19, serta menerima panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, maka MAIPs bagi menjunjung titah perintah dan perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail memutuskan supaya solat Jumaat di seluruh Perlis pada 13 Mac 2020 digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga mengeluarkan arahan supaya solat jumaat untuk esok hari, 13 Mac ditangguhkan ekoran penularan covid-19 dari kluster Majlis Tabligh KL di mana kini 2 rakyat singapura disahkan positif.
Muis akan mengambil langkah-langkah berikut untuk meminimakan sebarang kemungkinan penyebaran Covid-19 di masjid-masjid Singapura :
- Semua masjid di Singapura akan ditutup sementara untuk tujuan pembersihan menyeluruh bermula esok, dari 13 Mac sehingga 17 Mac.
- Solat Jumaat untuk esok, 13 Mac akan ditangguhkan.
- Semua aktiviti Masjid akan digantung selama 2 minggu bermula esok 13 Mac sehingga 27 Mac.
Jawatan Kuasa Fatwa turut mengeluarkan fatwa berhubung kebenaran untuk menggantung solat Jumaat apabila terdapat kepentingan kesihatan umum dan keselamatan. Semua orang Islam dinasihatkan supaya melakukan solar Zohor bagi menggantikan solat Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia selaras dengan Firman ALLAH SWT dan hukum asal solat Jumaat iaitu wajib. Solat Jumaat akan diteruskan di masjid seluruh negara meskipun terdapat penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia.
Berdasarkan situasi semasa, setakat ini tiada keperluan untuk tiadakan solat Jumaat di masjid bagaimanapun setiap masjid perlu mengambil langkah bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.
Orang ramai disarankan mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan khutbah perlu dipendekkan bagi mengurangkan jemaah terdedah dengan persekitaran dan menyarankan pihak masjid menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2W7Xixd
via Denaihati.com