Monday, 16 March 2020

Wabak Covid-19 Sudah Diramal Wanita Buta Sejak Tahun 1996


Nama Baba Vanga mungkin dikenali bagi mereka yang mengikuti ramalannya terhadap apa yang terjadi kepada dunia sebelum ini.

Hal ini termasuklah ramalannya tentang Brexit, serangan WTC di New York dan terbaru adalah ramalan tentang Covid 19.

Memetik laporan Daily Star, meskipun wanita buta ini sudah meninggal dunia namun dia pernah memberi amaran tentang wabak koronavirus pada tahun 1996. 

Ia didedahkan oleh salah seorang pengikutnya, Neshka Stefona Robeva, 73 yang mendakwa Vanga pernah membuat ramalan Covid 19 ketika melawat wanita pada sebelum dia meninggal. 


Malah, Robeva menceritakan hal tersebut menerusi hantaran di Facebook. 

"Makcik Vanga membuat ramalan wabak itu ketika saya melawatnya beberapa tahun lalu. Neshka, koronavirus akan menyerang kita. Saya tidak faham maksud kata-katanya ketika itu," katanya.

Katanya lagi, ketika Vanga menyebut Korona, dia menyangka ia ada kaitan dengan negara Bulgaria berada di bawah 'pemerintahan Rusia'.

Namun, sekarang barulah dia faham dengan ramalan tersebut yang ia adalah berkaitan wabak penyakit menyerang manusia. 

Sumber: Forum CARI 


from Sehinggit Media https://ift.tt/2QmRGLG
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2QmSC2E
via MerahHatiCintaku.blogspot.com