Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Mahkamah New Zealand menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol terhadap lelaki yang menembak mati 51 orang di dua buah masjid di negara itu.
Brenton Tarrant dari Australia sebelumnya mengaku bersalah atas pembunuhan 51 orang, cubaan membunuh 40 orang lagi dan satu tuduhan mengganas.
Baca : Makin gila! Lelaki itu tembak jemaah di Masjid Christchurch sambil buat live streaming
Hakim menilai tindakannya sebagai tidak berperikemanusiaan dan menyatakan bahawa dia tidak menunjukkan belas kasihan.
Serangan itu, yang disiarkan secara langsung oleh Tarrant mengejutkan dunia.
Susulan tragedi pembunuhan pada bulan Mac tahun lalu itu, New Zealand melaksanakan undang-undang senjata yang lebih ketat.
Perbicaraan berlangsung selama empat hari dan lebih daripada 60 pernyataan mangsa didengari.
Pada hari terakhir pernyataan, ayat-ayat al-Quran dibacakan dan foto orang tersayang ditunjukkan ke mahkamah.
Maysoon Salama, yang anaknya mati dalam serangan itu mengatakan, Tarrant menggerunkan seluruh New Zealand dan menyedihkan dunia.
Sara Qasem, yang ayahnya Abdelfattah Qasem meninggal di Masjid Al Noor berbicara mengenai saat-saat terakhir kehidupan ayahnya, dengan berkata:
Saya ingin tahu jika dia kesakitan, jika dia takut dan apa yang berada di fikirannya di akhir hayatnya.
Dan saya berharap lebih dari apa pun di dunia yang saya boleh berada di sana untuk pegang tangannya dan katakan kepadanya bahawa semuanya akan baik-baik saja. Tetapi saya tidak dapat melakukannya”.
Suspek bagaimanapun memilih untuk berdiam diri di mahkamah sebelum hukuman dikeluarkan hari ini.
Baca : Rentetan tragedi Christchurch, pemain ragbi All Blacks Ofa Tuungafasi peluk Islam
Wallahua’lam. Sebarkan kebaikan
The post Pembunuh Tragedi Christchurch Dihukum Penjara Seumur Hidup first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2D2zljC
via Denaihati.com