Beberapa hari lalu kontroversi melibatkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah kembali menjadi sebutan ramai apabila timbul isu saman-menyaman melibatkan kedua pihak pula.
Ramai yang menyelar Ali kerana bertindak menyaman balu arwah abangnya, namun pelawak itu menjelaskan saman yang dikemukan olehnya itu tidak melibatkan harta tetapi untuk membersihkan nama dan imej keluarganya.
Jelasnya lagi, bukan dia yang menyaman kakak iparnya tetapi dia membuat saman balas selepas disaman oleh Nor Hidayah. Ali mendedahkan dia disaman dengan jumlah RM900,000 selepas 15 hari Arwah Abam meninggal dunia.
“Saya tak hebahkan pada media bahawa saya disaman 15 hari atau hari kami mengadakan majlis tahlil anjuran pihak Astro sebab saya masih menghormati abang saya baru meninggal dunia. Saya bukan takut cuma dalam keadaan kehilangan dan keluarga masih bersedih.
“Tidak lama selepas saman saya, dia (Hidayah) dan ibunya menyaman pula ibu saya. Ibu saya yang berkerusi roda itu pun disamannya.
“Macam mana hubungan seorang menantu dengan mak mertua. Yang mak mertua yang baru kehilangan anak,” katanya.
Dalam pada itu, Ali memaklumkan Hidayah turut menuntut harta-harta lain termasuk rumah dan tanah bernilai RM300,000, kereta jenis Toyota Velfire, jam tangan, sebuah motorsikal dan wang tunai di dalam akaun bank.
“Kau tuduh aku guna Vellfire, padahal kereta itu dah kena tarik bulan lepas. Siapa nak bayar? Orang di luar sana pun sibuk sangat nak tahu berapa banyak harta arwah.
“Okey ini saya dedahkan semua, balu tuntut rumah dan tanah bernilai RM300,000; sebuah Toyota Velfire bernilai RM300,000, padahal Velfire lama itu harga RM180,000.
“Motorsikal LC berharga RM10,000, padahal harga motor arwah beli RM5,300 sahaja. Siapa pakai motor dia tahulah.
“Okey ini yang paling orang ramai nak tahu sampai tuduh saya makan harta anak yatim; duit di dalam akaun arwah. Arwah ada dua akaun bank dan setelah dicampur kedua-dua akaun jumlahnya RM84,000.
“Sebelum ini orang sibuk kata duit arwah berjuta-juta dan saya makan duit arwah. Kalau ada bukti saya makan harta anak yatim, buktikan…” jelasnya.
Ali berkata dia bersyukur apabila mendapat surat jawapan saman daripada pihak Hidayah sehingga melakukan sujud syukur kerana sebelum ini balu mengatakan keluar sehelai sepinggang tetapi akhirnya mengaku sudah keluarkan RM10,000 dari akaun bank arwah.
“Kalau betul ambil, mengaku sahaja. Jangan cakap keluar sehelai sepinggang. Tak baik menipu, yang kena maki saya.
“Kemudian dia mengakui mengambil empat utas jam tangan arwah. Dalam surat sama terdahulu, dia kata saya fitnah dia ambil jam tangan arwah,” ujarnya.
Sumber: Rotikaya.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2GbOXTe
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ltx965
via MerahHatiCintaku.blogspot.com