Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
NAMA pelakon dan pengacara, Mira Filzah menjadi trending dan hangat di twitter gara-gara gambarnya memakai pakaian tradisional kaum India menjadi bahan perdebatan netizen.
Melalui satu ciapan di Twitter, pengguna sosial media tersebut menulis: “Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture.”
Pelakon yang popular dan cantik itu berkata, dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.
Gambarnya memakai pakaian tersebut adalah untuk penggambaran produk terbaharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Saya memilih Bollywood sebab saya memang peminat setia filem dan lagu Hindustan, dalam hati teringin nak memakai pakaian Bollywood dan bila ada peluang sebegini saya terus lakukan dan tidak terfikir untuk menimbulkan sebarang isu, katanya.
Dalam masa sama, Mira Filzah atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27 berpendapat, Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, lalu perkara itu tidak mendatangkan sebarang masalah jika rakyat negara ini mencuba pakaian kaum lain.
Bagaimananapun, enggan mengguris hati mana-mana pihak, Mira Filzah dengan rendah diri memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan tindakannya itu.
Sumber: Awani
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/32cP20j
via Denaihati.com