Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran (TEMCO) akan dilaksanakan di Aman Jaya Kedah yang melibatkan tiga zon mulai 12.01 tengah malam ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguatkuasaan itu akan bermula 28 Ogos sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Tiga zon di Aman Jaya adalah di Kenanga, Mawar, dan Melur yang melibatkan seramai 22,360 isi rumah akan disaring oleh KKM.
“Penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada zon manakala orang luar juga tidak dibenarkan memasuki zon terlibat,” katanya ketika siding media hariannya pada Khamis.
Menurut Ismail Sabri, perkara itu termasuk melibatkan bagi mereka yang bekerja selain turut mengingatkan majikan agar tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan penguatkuasaan tersebut.
“Majikan perlu ambil maklum akan perintah ini dan membenarkan mereka yang terlibat untuk bekerja dari rumah,” katanya lagi.
Bermula pada tarikh tersebut Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula melaksanakan sekatan jalan raya dan kawalan di jalan keluar masuk zon yang terlibat.
Sumber: Awani
The post PKPD di Aman Jaya, Kedah dilaksanakan secara pentadbiran first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3jmPvnI
via Denaihati.com