Saturday, 29 August 2020

Barisan Nasional menang majoriti lebih besar di DUN Slim

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz berjaya memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti 10,945 undi.

Ia sekali gus menewaskan dua lagi pencabarnya masing-masing calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S.Shantarasekaran.

Pengumuman rasmi dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN N.58, Shamsul Ridzuan Idris pada pukul 9.00 malam.

Mohd Zaidi memperoleh sebanyak 13,060 undi.

Seorang lagi calon Bebas, Dr S. Shantarasekaran hanya mampu berpuas hati dengan 276 undi, sekali gus menyaksikan beliau hilang wang deposit.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas.

Allahyarham pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon Pas, Muhammad Zulfadli Zainal.
Allahyarham mendapat 8,327 undi, Mohd Amran (6,144 undi) dan Muhammad Zulfadli (4,103 undi).

Sumber: Awani

The post Barisan Nasional menang majoriti lebih besar di DUN Slim first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/31EFAnt
via Denaihati.com