Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Tahun 2020 merupakan tahun keenam Sinergi Media Malaysia kembali bergabung untuk menjayakan Malaysia #QuranHour yang akan diadakan pada 11 Muharram 1442H, bersamaan 30 Ogos 2020.
Pada 17 Ogos 2020, Taklimat Sinergi Media sempena pelaksanaan Malaysia #QuranHour telah diadakan di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam dengan kehadiran 20 orang dari pelbagai bidang pihak media, rakan sinergi dan penganjur.
Sementara itu, Malaysia #Quranhour pada 30 Ogos ini bersempena sambutan kemerdekaan ke-63 pada hari berikutnya akan memilih Surah Ar-Rahman dan Surah Al-Furqan sebagai surah pilihan.
Tema yang di bawa pada tahun ini, tahun ke-6 membawa kelainan iaitu Malaysia Harmoni: Pembinaan 12 Personaliti ‘Ibadurrahman berteraskan surah Al-Furqan daripada ayat 63 hingga 77.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) , Marhaini Yusoff berkata personaliti ‘Ibadurahman adalah gambaran akhlak umat Rasulullah SAW yang mencapai kemuliaan di sisi Allah SWT serta seorang hamba yang menzahirkan tindakan harmoni antaranya menyebar salam, memberi makan, menyambung silaturahim dan mendirikan solat malam ketika orang lain sedang tidur.
Jelas beliau lagi, antara 12 personaliti ‘Ibadurrahman itu adalah tawaduk, berbudi bahasa, mendirikan solat malam, menjauhi zina, tidak bersumpah palsu dan memohon kebaikan untuk keluarga.
Sementara itu Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata usaha itu sebagai inisiatif untuk menjadi ‘Ibadurahman yang dapat memacu transformasi peradaban dunia dengan bermula diri sendiri, keluarga, organisasi dan komuniti.
Kita berharap semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia ni dapat khatam tadabur Al-Quran.
Apabila kita khatam satu Al-Quran, saya rasa ekosistem akan berubah, pemikiran dan budaya orang Islam juga akan berubah,” katanya.
Kempen Malaysia #QuranHour bertemakan Malaysia Harmoni: Pembinaan 12 Personaliti ‘Ibadurrahman akan disiarkan secara langsung menerusi empat stesen TV dan platform digital iaitu TV Alhijrah, RTM, Bernama TV, Astro Oasis, Sinar Harian dan Ideaktiv pada 30 Ogos ini selama sejam bermula 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/347ic3v
via Denaihati.com