NAMA Asri Janggut hangat diperkatakan selepas dia membuat dakwaan pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh, Selangor.
Malah, isu itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sehingga membawa kepada pertemuannya dengan pemilik rangkaian Hot Burger Malaysia itu di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin.
Di media sosial, rata-rata netizen mengangkat Asri atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid sebagai hero kerana berani membongkarkan aktiviti yang melanggar undang-undang di negara ini.
Namun pada Selasa, dia mula dihentam netizen selepas tular pula satu video yang mempertikaikan tentang ibadat golongan yang bekerja sebagai polis dan tentera.
“Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Kebanyakan memang tak jaga solat.
"Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak?
"Bila last sembahyang Subuh bawa isteri (berjemaah)?
“Pernah tak tanya anak apa itu syahadah," katanya dalam video itu.
Menurut netizen, kenyataan serkap jarang itu membawa persepsi negatif terhadap anggota badan beruniform khususnya melibatkan hal ibadah mereka.
Malah kata netizen, ibadah solat merupakan urusan peribadi seseorang individu dengan Allah dan ia tidak patut dikaitkan dengan anggota polis dan tentera sahaja.
"Yang tak jadi polis dan tentera pun ramai yang tak jaga solat... Jangan mahu salahkan pasukan keselamatan.
Asri Janggut Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata..
“Saya ingin memohon jutaan maaf atas kejahilan saya…” inilah ungkapan maaf dari pemilik peniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau lebih mesra dengan Asri Janggut menerusi satu kenyataan menerusi Facebook Hot Burger Malaysia selepas satu video mula tular di Facebook lewat malam semalam.
Menurut Asri, beliau kesal dengan kata-katanya itu yang dikatakan menyentuh hal solat seseorang. Beliau juga akui kelemahan dan keterlanjuran kata, mengakui dengan kesalahan tersebut dan memohon sejuta maaf kepada orang ramai.
from Sehinggit Media https://ift.tt/3gQYY5I
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XUuXdF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com