Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apabila dibebani hutang keliling pinggang, pastinya hari-hari kita diselubungi rasa resah. Macam mana nak bayar hutang sedangkan duit pun cukup-cukup untuk makan hari-hari sahaja.
Kadang, mula timbul rasa seolah-olah bebanan hutang itu adalah sesuatu yang sukar untuk dilangsaikan kerana terlalu banyak.
Ada yang sehinggakan terpaksa berhutang dengan orang lain semata-mata hendak melangsaikan hutang asal. Namun, perkara ini tidak dikira sebagai melangsaikan beban hutang tetapi membuatkannya sebagai perkara yang sukar diselesaikan.
Jangan berputus asa melangsaikan hutang. Bila kita sudah bertekad untuk melangsaikannya, insya-Allah ia akan dibantu olehNya dan sentiasa diberi jalan bagi menyelesaikannya.
Baca : Mana Lebih Penting? Bayar Hutang Atau Sedekah
Bila kita merasakan sudah hampir berputus asa dan ada sesetengah dari kita yang sehinggakan terpaksa mengambil jalan yang salah untuk melangsaikannya seperti melibatkan Ah Long dan sebagainya, sentiasa ingat bahawa itu bukanlah jalan akhir, tetapi ia adalah jalan permulaan kepada masalah baru.
Jadi, walau besar mana pun masalah anda, pasti akan ada penyelesaian di sebaliknya kerana Allah tidak akan memberi ujian yang tiada penyelesaian.
Baca : Amalan Untuk Menghilangkan Kerisauan dan Bebanan Hutang
Oleh itu, berbaliklah kepada Allah dan cuba untuk amalkan amalan-amalan yang boleh membantu mengurangkan beban tersebut seperti berdoa.
Ada sebuah doa yang telah diajar dan boleh diamalkan, iaitu;
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Usaha itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Selain berusaha dengan fizikal, kita juga boleh berusaha dalam bentuk kerohanian.
Semoga Allah sentiasa memberi jalan keluar di atas setiap permasalahan yang berlaku.
kredit : Tazkirah
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/32ewzQL
via Denaihati.com