Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir Isnin ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.
“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP yang disiarkan di televisyen tempatan malam ini.
Pada 7 Jun lepas, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP sehingga 31 Ogos bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sumber: Awani
The post Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3bcC5I0
via Denaihati.com