NUR Emah Mohamad Hashim atau dikenali sebagai 'makcik gelang pink' tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata sebaik majistret memutuskan hukuman penjara dan denda terhadapnya di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.
Dia yang hadir ke mahkamah memakai jubah serba hitam ditemani ahli keluarga yang duduk di galeri awam sejak bermula sehingga prosiding tamat.
Nur Emah, 72, sebelumnya kelihatan tenang ketika duduk di ruang tempat duduk di dalam mahkamah berkenaan sebelum dipanggil jurubahasa untuk dibacakan pertuduhan dihadapan Majistret.
Dia juga kelihatan sebak ketika membuat rayuan kepada mahkamah sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya.
Terdahulu, 'Makcik gelang pink' dijatuhi hukuman penjara selama satu hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas pertuduhan tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah.
Nur Emah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor.
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media https://ift.tt/3h1D2ow
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gScbeu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com