Pada zaman sekarang, orang sanggup buat apa sahaja demi meraih populariti dan jumlah tontonan video yang banyak. Jadi, tidak mengejutkan apabila ramai orang ‘bodoh’ yang menjadi popular dalam sekelip mata.
Baru-baru ini, tular video seekor anjing baka German Shepherd yang dipaksa untuk makan semangkuk cili merah di China. Kejadian menyedihkan ini dirakam secara langsung oleh tuannya sebagai content untuk media sosial.
Ini bukanlah video pertama yang tular di negara itu yang menyaksikan haiwan peliharaan diseksa oleh tuannya. Sebelum ini juga, pernah tular sebuah video yang melihatkan seekor anjing diberi makan La Zi Ji, menu ayam yang dimasak bersama cili.
Berdasarkan video yang dirakam, seorang lelaki dilihat sedang bercakap di hadapan kamera sebelum meletakkan makanan tersebut untuk tatapan anjingnya. Mungkin disebabkan lapar atau takut kepada tuannya, anjing tersebut tetap makan cili itu meskipun matanya sudah mengeluarkan air mata.
Untuk pengetahuan anda, ini adalah trend terbaru di China di mana mereka memberi makanan ‘pelik’ kepada haiwan peliharaan, dengan alasan untuk mengelakkan pembaziran makanan.
Trend ini bermula apabila Presiden Xi Jinping melancarkan sebuah kempen ‘Operasi Pinggan Kosong’, kempen yang dilakukan bertujuan untuk mendidik rakyat China agar tidak membazir makanan.
Namun, lain pula yang terjadi apabila rakyat China menyambut kempen ini dengan melibatkan haiwan peliharaan.
Sumber: DailyMail via Lobakmerah.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/3mHcOuE
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3iR4mqn
via MerahHatiCintaku.blogspot.com