Saturday, 5 September 2020

"Maafkan Saya Puan Nora" - Remaja Cium Anak Nora Ariffin Minta Netizen Berhenti Viral Video Itu


REMAJA lelaki yang terbabit merakam dan menularkan video bercium dengan Putri Nor Dahlia yang juga anak penyanyi Nora Ariffin, hari ini membuat permohonan maaf menerusi video pendek berdurasi 1 minit 2 saat di Twitter.

Remaja itu mengakui bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

"Assalamualaikum. Saya ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Puan Nora dan juga ahli keluarga saya.

"Saya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak Puan Nora iaitu Putri (Putri Nor Dahlia) untuk dijadikan 'viral' (tular)," katanya.

Dia juga menyesal dengan tindakannya dan meminta warganet supaya berhenti menularkan video itu.


"Saya juga amat menyesali apa yang saya lakukan terhadapnya. Saya ingin meminta jasa baik warganet untuk hentikan penularan video itu.

"Akhir kata, saya ingin memohon maaf atas penularan video itu," katanya.

Beberapa hari lalu, tular klip video mirip anak gadis Nora yang kelihatan bercumbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.

Putri menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dia dipaksa.

Beberapa jam selepas itu, Nora memuat naik kenyataan di Instagramnya, mengakui gadis yang bercium dengan seorang remaja lelaki dalam video yang tular itu memang anak perempuannya.

Mengakui terkilan dengan insiden yang berlaku, Nora berkata, dia sudah melakukan apa yang terbaik untuk mendidik puterinya menjadi insan berguna.

Semalam, anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan, mendedahkan pihak keluarga bersedia untuk membawa individu yang menyebarkan video adiknya bercumbu dengan remaja lelaki itu, ke muka pengadilan.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Z8DISc
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3m2XNDk
via MerahHatiCintaku.blogspot.com