Wednesday 9 September 2020

KKMM belum bincang kenakan caj perkhidmatan 20 sen terhadap platform e-dagang

Asslamualaikum dan Selamat sejahtera,

Berhubung pelaksanaan bayaran perkhidmatan kepada pengguna platform e-dagang, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) belum mengadakan perbincangan tersebut.

Walaubagaimana pun, kenyataan yang dikeluarkan KKMM itu sebagai reaksi kepada kenyataan awal yang dikeluarkan Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kelantan semalam (Selasa, 8 September).

“Merujuk kepada kenyataan yang dibuat pada 8 September 2020 di Kelantan, KKMM ingin menjelaskan bahawa belum ada perbincangan untuk mengenakan bayaran perkhidmatan kepada pengguna dalam platform e-dagang (pembelian dalam talian) sebanyak 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 serta tambahan 20 sen bagi gandaan RM1,000 berikutnya,” memetik kenyataan tersebut.

BACA: PM tepi dan tak letak harga, peniaga online bakal didenda sehingga RM50,000

Ketika ditemui media dalam sebuah program di Bachok pada Selasa, Zahidi berkata kerajaan bercadang untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembelian yang dibuat secara dalam talian.
Ia termasuk transaksi melalui portal e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Kata Zahidi, kutipan wang berkenaan dapat digunakan kerajaan untuk menangani isu keselamatan siber yang menelan belanja tinggi.

Bagaimanapun, kenyataan beliau itu mendapat tentangan dan kecaman para pengguna platform tersebut termasuk Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa.

Sumber: Awani

The post KKMM belum bincang kenakan caj perkhidmatan 20 sen terhadap platform e-dagang first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2ZnVZuJ
via Denaihati.com