Saturday, 19 September 2020

Wanita nyaris maut, batu konkrit hempap atas keretanya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kuala Lumpur: Seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan yang dinaikinya dihempap sebuah bongkah konkrit pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada petang Sabtu.

Mangsa yang berusia 25 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Saga BLM itu melalui kawasan berkenaan di Lebuhraya MRR2 berhampiran Stesen Minyak Shell, Bandar Tasik Selatan dari Sungai Bemsi menghala ke Ampang sebelum secara tiba-tiba bongkah besar berkenaan jatuh tepat pada kenderaan yang dinaikinya.

Kenderaan tersebut remuk teruk menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kereta berkenaan.

Orang ramai disekitar kawasan itu yang melihat kejadian membantu untuk mengeluarkan mangsa.

Video kejadian tersebut tular di media sosial yang menunjukan keadaan cemas ketika usaha membantunya berdasarkan keadaan kenderaan mangsa yang agak teruk.

Wanita berkenaan bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HUKM).

Ketua Polis Daerah Cheras, Assisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi oleh Astro AWANI mengesahkan kejadian.

Jelasnya, wanita berkenaan mengalami kecederaan di tangan kiri dan kini berada di Zon Kuning di HUKM.

Menurut polis, punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: Awani

The post Wanita nyaris maut, batu konkrit hempap atas keretanya first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/32KM191
via Denaihati.com