Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Akhirnya, teka-teki mengenai pernikahan Mira Filzah dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid terjawab apabila pelakon itu mengesahkan mereka bakal diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, malam ini.
Mira berkata, pertemuan pertamanya dengan Wan Emor Astar yang berkelulusan dari United Kingdom dan bergelar arkitek itu pada Oktober tahun lalu.
Dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya adalah tidak benar dan sekaligus menyangkal kenyataan tersebut.
Sebelum itu pada Ramadan tahun lalu, Emir ada menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram dengan berkongsi mesej kerohanian tetapi saya tak layan.
Percubaannya tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. Kebetulan emak memang mengenali arwah bapa Emir, jadi mereka saling berkomunikasi. Sehinggalah emak minta saya supaya mengenali Emir dan minta saya berjumpa dengannya.
Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa. Jadi saya pun membalas DM daripada Emir dan hubungan itu kemudiannya berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” katanya
Mira Filzah berkata, pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Oktober depan itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh yang panjang.
Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan.
Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan, manakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” katanya.
Majlis pernikahan pasangan itu boleh disaksikan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam ini, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam pula boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.
Mira berkata, selain majlis pernikahan hari ini, dia bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini.
Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.
Mira berkata, majlis resepsi esok juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV3, manakala majlis resepsi pada Ahad akan disiarkan melalui program Melodi.
Sumber: Harian Metro
The post Majlis pernikahan Mira Filzah akan berlangsung malam ini first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2Z1177Y
via Denaihati.com