Tuesday, 8 September 2020

Rahsia Sedekah Yang Boleh Memberi Ketenangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bila bercerita mengenai sedekah, ramai yang sedia maklum kelebihan dan ganjaran bersedekah ni sangat-sangat luas, bukan sahaja untuk kepentingan dunia tetapi juga sebagai salah satu saham akhirat.

Mana taknya, ia merupakan salah satu pahala yang sentiasa mengalir walaupun sehingga anda telah meninggal dunia.

Baca : Antara hadiah Allah untuk mukmin, Allah datangkan peminta sedekah ke rumahnya

Hebat bukan? Walaupun anda hanya bersedekah sekali sahaja, namun selagi mana ia memberi manfaat kepada orang sekeliling terutamanya si penerima sedekah, maka ganjarannya akan sentiasa mengalir seolah-olah amalan itu masih baru.

Antara ganjaran lain yang Allah berikan bukan sahaja terletak pada pahala yang mengalir namun juga pada ketenangan jiwa.

Betulkah orang yang bersedekah ini Allah hadirkan ketenangan kepadanya?

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 274 :

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berduka cita.”

Menerusi ayat ini, kita dapat faham bahawa orang yang mendermakan hartanya ke jalan Allah sama ada ia dilakukan secara terang-terangan mahupun sembunyi, Allah akan memberikan ganjaran ketenangan di hatinya.

Baca : Mana Lebih Penting? Bayar Hutang Atau Sedekah

Tenang di sini maksudnya, seseorang itu tidak akan mudah berasa risau dengan apa yang bakal berlaku sebab di hatinya ada keyakinan bahawa Allah akan membantu urusannya.

Orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, maka Allah akan membantu menggandakan rezekinya dan mempermudahkan urusan hidupnya.

Apabila kita memberi, kita yakin bahawa harta itu adalah saham akhirat kita. Walaupun di dunia ini ia bukan lagi milik kita, namun di akhirat kelak, ia adalah salah satu pahala yang akan membantu jalan kita ke syurgaNya.

Yang penting adalah ikhlas dengan pemberian tersebut. Biarlah apa yang kita beri itu sedikit, namun jika ikhlas dan tidak riak, insyaAllah ganjarannya amat besar di sisi Allah.

Sila share jika bermanfaat 🙂

Wallahu a’alam.

Baca : Sedekah Pada Waktu Sempit

Kredit :  FIZAH LEE 

The post Rahsia Sedekah Yang Boleh Memberi Ketenangan first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3hjoznq
via Denaihati.com