Thursday, 3 September 2020

Mira Filzah Terpaksa Percepatkan Pernikahan Malam Ini


Teka-teki mengenai majlis pernikahan Mira Filzah dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar terjawab apabila pelakon itu mengesahkan mereka bakal diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, malam ini.

Mira mendedahkan, majlis pernikahannya itu akan disiarkan di TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit menerusi program MBuzz, namun boleh menonton siaran langsung penikahan di YouTube TV3 pada jam 8.30 malam.

Mira berkata pernikahannya itu sepatutnya berlangsung pada Oktober depan namun dipercepatkan berikutan kakak sulungnya menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh yang panjang.

“Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwinan yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan.


“Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan.

“Mnakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” katanya kepada Harian Metro.

Mira berkata, selain majlis pernikahan hari ini, dia bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini.

“Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza.

“Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.

Mira berkata, majlis resepsi esok juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV3, manakala majlis resepsi pada Ahad akan disiarkan melalui program Melodi.

Sumber: Harian Metro via Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/3jFrnMV
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31Vz4sC
via MerahHatiCintaku.blogspot.com