Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Arab Saudi akan membenarkan semula ibadat umrah untuk umat Islam secara berperingkat mulai 4 Oktober ini selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19.
Negara beraja tersebut telah menggantung ibadah itu pada Mac lalu tetapi membenarkan ibadah haji berlangsung dalam bilangan yang terhad sekali gus menjejaskan hasrat berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia kerana bimbang Covid-19 tersebar ke tempat-tempat suci umat Islam.
Walaubagaimana pun, Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan yang diterbitkan Saudi Press Agency, berkata sebagai permulaan kira-kira 6,000 penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh 4 Oktober.
Jemaah dari luar negara pula akan dibenarkan berbuat demikian mulai 1 November dengan kapasiti dinaikkan sehingga 20,000 orang sehari.
Kementerian itu menyebut, umrah akan dibenar dilaksanakan dalam kapasiti penuh selepas ancaman pandemik COVID-19 ini dapat dihapuskan sepenuhnya.
Umrah merujuk kepada ziarah umat Islam ke Makkah yang dilakukan bila-bila masa sepanjang tahun dengan menarik berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun.
Kerajaan Arab Saudi menangguhkan umrah dan mengehadkan kapasiti haji tahunan pada Mac lalu berikutan bimbang penularan COVID-19 ke kota-kota sucinya.
Keputusan membenarkan semula umrah adalah sebagai tindak balas kepada ‘aspirasi umat Islam di dalam dan luar negara’ untuk melakukan ibadat terbabit serta menziarahi kota sucinya.
Arab Saudi yang menjadi penjaga kepada dua kota suci, Makkah dan Madinah, dan ia dilihat sebagai sumber kepada keabsahan politiknya.
Kota suci itu yang menarik kunjungan jutaan umat Islam setiap tahun juga adalah sumber ekonomi utamanya.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman mengatur pembaharuan rancangan ekonomi 2030 negara pengeluar minyak terkemuka dunia, daripada kebergantungan terus terhadap pengeluaran minyak kepada sumber pendapatan lain, termasuk ziarah keagamaan.
Kerajaan negara itu berusaha membuka kembali kira-kira 30 juta jemaah haji ke negaranya setiap tahun bermula 2030. – AFP
Sumber: berita Harian
The post Ibadah Umrah dibenarkan semula bermula 4 Oktober first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/32Vr1MX
via Denaihati.com