Tuesday, 8 September 2020

Sultan Selangor titah mahu tindakan lebih tegas terhadap kilang haram

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mahu tindakan penguatkuasaan lebih tegas diambil bagi memastikan rumah serta kilang terutama kilang haram berhampiran tebing sungai dirobohkan.

Dalam surat kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, baginda menyifatkan kilang haram tersebut berpotensi mencemari anak sungai dan sungai di negeri itu.

Selain itu, baginda telah lama menitahkan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan kerajaan negeri untuk memantau dan memastikan sungai tidak dicemari dengan bahan kimia atau sampah hingga boleh menjejaskan bekalan air mentah kepada loji rawatan.

Sumber Facebook selangorroyaloffice

Baginda juga mahu undang-undang lebih tegas dilaksanakan segera terhadap pencemar sungai dengan penalti lebih berat dikenakan termasuk terhadap pencemar alam sekitar khususnya sumber air dan mereka yang terbukti bersalah perlu dihukum penjara mandatori serta denda maksimum.

Selain itu, baginda juga tidak berkenan dengan kewujudan unsur campur tangan politik dalam penguatkuasaan isu berkaitan alam sekitar dan pencemaran sungai.
Baginda menzahirkan rasa dukacita dengan impak yang ditanggung rakyat negeri itu ekoran gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan sejak Khamis lepas.

Sumber: Awani

The post Sultan Selangor titah mahu tindakan lebih tegas terhadap kilang haram first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3hhrH3a
via Denaihati.com