Pelakon dan pengacara popular Mira Filzah atau nama penuh Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman, 27 sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar dengan sekali lafaz dalam majlis ijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Mira atau nama sebenarnya Nuramira Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh ayahnya sendiri sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah.
Selain itu, pengantin perempuan turut menerima 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.
Majlis yang diadakan secara tertutup ini dihadiri 250 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, pengurusan, teman rapat dan rakan media.
Selain majlis pernikahan hari ini, pasangan ini bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini. Majlis malam ini yang dihadiri 250 orang tetamu termasuk ahli keluarga, teman rapat dan juga pihak media berlangsung dengan penuh meriah dan patuh SOP.
Tahniah Mira Filzah dan Wan Emir Astar. Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan sampai syurga.
from Sehinggit Media https://ift.tt/350Eqoc
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bmLkVY
via MerahHatiCintaku.blogspot.com