Tuesday, 1 September 2020

Nyaris Hilang ‘Teruna’, Pemuda Usia 23 Tahun Hampir Dinodai Lelaki Gersang

Gambar Sekadar Hiasan

Selalunya kita ingat golongan wanita sentiasa menjadi mangsa jenayah seksual, tetapi sebenarnya lelaki juga terdedah kepada bahaya yang sama.

Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 23 tahun hampir menjadi mangsa ‘rogol’ kepada seorang lelaki gila seks dalam kejadian di Batu 4, Gombak 29 Ogos lalu.

Kena tarik masuk dalam kereta

Pada awalnya, mangsa didatangi jiran yang memberitahu ada seorang lelaki ingin berjumpa. Sejurus tiba ke kereta suspek, mangsa telah ditarik masuk ke dalam kenderaan secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, suspek bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya, mangsa telah menjerit meminta tolong.

Terus buka seluar…


Disebabkan ketika itu tiada siapa yang berada di lokasi kejadian, mangsa yang mahu mempertahankan diri bertindak menendang kemaluan suspek sebelum melarikan diri.

“Dia cuba menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang menyedarinya sebelum suspek bertindak membuka seluar. Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa terus menendang kemaluannya dan melarikan diri…”

Berang tidak dapat melempiaskan nafsunya, suspek bertindak mengejar mangsa, kemudian menarik rambut mangsa dan menghempaskan kepalanya ke dinding rumah jiran.

Mangsa juga mengalami kecederaan selepas suspek bertindak mencekik serta menumbuk hidung mangsa sehingga berdarah sebelum melarikan diri.

Risau kejadian yang sama berlaku, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya, dan kes ini masih dalam siasatan.

Sumber : Harian Metro via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/3hR9IBD
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gOecrq
via MerahHatiCintaku.blogspot.com