Thursday, 1 February 2018

‘Cair’ Dengan Harta, Ibu Bapa Restu Anak Kahwin Wanita Tua


PASANGAN yang baru berkahwin ini mencetuskan kontroversi di media sosial gara-gara perkahwinan mereka yang dianggap luar biasa.

Pengantin perempuannya adalah seorang ibu berusia 38 tahun yang kaya-raya dan pasangannya baru berusia 23 tahun, yang mana ibunya hanya setahun lebih tua berbanding isterinya.

Perkahwinan mereka berlangsung 10 Januari lalu di Qionghai, Hainan, China, yang mana ia kemudian tular dan menjadi buah mulut orang ramai.

Wanita itu hamil selepas bercinta dengan lelaki muda berkenaan yang kemudian mencadangkan supaya mereka berkahwin.

Pada mulanya, ibu bapa pengantin lelaki menentang perkahwinan tersebut, memberikan perbezaan usia 15 tahun di antara mereka sebagai alasan.

Selain itu, umur 14 tahun anak wanita berkenaan, hasil perkahwinannya yang terdahulu turut dijadikan alasan.

Walau bagaimanapun, pengantin perempuan itu, yang merupakan seorang ahli perniagaan hartanah yang kaya menawarkan wang perkahwinan sebanyak 660,000 yuan (AS$ 104,273), lot hartanah dan kereta Ferrari, semuanya bernilai kira-kira 5,000,000 yuan (AS$789,950).

Dan, ibu bapa lelaki muda berkenaan terus memberi restu untuk mereka berkahwin.

Mereka berkahwin dalam sebuah majlis mewah, tiba dengan Ferrari merah dengan pengantin wanita memakai barang kemas dan perhiasan mahal lain.

Netizen di China memberikan pelbagai reaksi, mengucapkan selamat kepada pasangan tersebut, tetapi ada yang mendakwa lelaki muda itu hanya berkahwin untuk wang, bukan cinta.

“Saya sekali lagi percaya kepada kuasa wang,” tulis seorang pengguna Weibo.

“Bapa: Pasangan anak lelaki kami kaya-raya, mari terima tawaran itu untuk duit!,” tulis pengguna lain.

Dalam rakaman video perkahwinan pasangan ini, kedua-duanya kelihatan gembira dan sangat mencintai.


Pengantin perempuan sedang hamil tetapi kelihatan berseri dengan gaun putihnya dan suaminya sentiasa tersenyum.

Pengantin lelaki juga mendedikasikan lagu kepada pasangannya. -Shanghaiist


from Sehinggit Media http://ift.tt/2EwT7Ag
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DSFNsP
via MerahHatiCintaku.blogspot.com