Thursday 1 February 2018

Gara-Gara Puji Wanita Lain, Kemaluan Dipotong Oleh Teman Wanita


KAZAKHSTAN: Seorang wanita tergamak melakukan sesuatu yang tidak dijangka apabila dia ditangkap selepas memotong zakar milik teman lelakinya itu baru-baru ini. 

Tindakan yang drastik itu berlaku selepas dia dikatakan cemburu apabila mendengar kekasihnya itu telah memuji wanita lain. 

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Zhanna Nurzhanova, 36, dipercayai berasa sangat marah kerana teman lelakinya itu telah menghantar gambar milik wanita lain kepada kakaknya sendiri melalui telefon pintar. 

Lelaki itu yang tidak diketahui identitinya itu telah memberikan komen mengenai penampilan wanita berkenaan dan turut meberitahu bahawa wanita terbabit adalah salah seorang rakannya. 

Akibat berang dengan tindakan terbabit, Nurzhanova dituduh telah memberikan pil tidur kepada teman lelakinya itu secara rahsia di bandar Astana, ibu kota Kazakhstan. 

Nurzhanova yang bekerja di salah satu salon kecantikan di bandar tersebut kemudiannya bertindak menyuntik anestetik dan terus memotong zakar milik teman lelakinya itu dalam keadaan sedar. 

Bagaimanapun, suspek dikatakan telah membawa mangsa ke hospital tempatan untuk dirawat, dan sebaik sahaja doktor melihat kejadian terbabit, doktor tersebut bertindak menghubungi pihak berkuasa dan dia akhirnya ditangkap. 

Dalam pada masa yang sama, pakar bedah juga cuba untuk menyambung semula kemaluan lelaki terbabit yang terputus tetapi ia dilaporkan sangat teruk dan menyukarkan mereka untuk menyambungnya kembali. 

Menurut laporan daripada berita tempatan, Nurzhanova bakal berdepan hukuman penjara selama tiga hingga enam tahun jika disabitkan kesalahan

Sumber: Berita Media Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FyiLUr
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2GDW4Q5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com