Thursday 1 February 2018

Ngeri! Mayat Ditinggal Tengah Jalan Bersama Kepala Di Sisi


Makin ngeri pula dengar kisah bunuh membunuh ini, mengapa manusia boleh bertindak dengan begitu kejam!

Bagaikan nyawa manusia lain tiada nilainya, membunuh manusia seolah-olah tiada rasa bersalah dan tidak takut akan undang-undang.

Baru-baru ini, di Mexico dikejutkan dengan pembunuhan kejam tiga orang termasuk seorang wanita dengan mayat mereka diletakkan di tengah jalan, ketika negara itu bakal menyambut hari Kemerdekaan. Apa saja salah mereka sehingga diperlakukan begitu? Sungguh kejam!

Mayat Juan Salvador Patiño Leon, 27, Jorge Luis, 31, dan Denisse Yazaret Morales Juárez, 28, ditemui di jalan Xalapa.

Mayat berkenaan dibalut dengan plastik sampah dan dilekatkan pita pelekat. Di sebelah mayat itu adalah kepala mangsa yang telah dipenggal.
Dua batang penyapu turut diletakkan di situ.

Melihat kepada cara kematian itu, mereka dipercayai dibunuh oleh kartel dadah. Ketiga-tiganya dilaporkan hilang pada 12 September lalu.

Dalam pada itu, penduduk mendakwa, mangsa berasal dari keluarga yang mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah.

“Bapa mereka, Jorge Patino adalah penculik dan pembunuh. Dia kini di dalam penjara.

“Salah seorang bapa saudara mereka….hilang kerana sesuatu perkata. Mereka ini sama seperti ibu saudara mereka yang menghambakan diri dengan dadah. Manakala anggota keluarga yang lain kini dalam penjara di Amerika Syarikat.

“Senang cerita, mereka ini adalah penjenayah,’’ kata penduduk di situ.

Rupa-rupanya mereka yang mati dibunuh juga ada berkait rapat dengan kes bunuh. Diharap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat.

Sebab itu kita disarankan supaya menjauhkan diri dari najis dadah, ianya bukan sahaja membahayakan diri anda, malah orang di sekeliling anda.


from Sehinggit Media http://ift.tt/2EvNzpw
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nvtecw
via MerahHatiCintaku.blogspot.com