Sunday, 15 March 2020

"Kami Bukan Khadam Bini" - Lelaki Kesal Isteri Suruh Basuh Pinggan Sendiri


Kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Dalam melakukan tugas-tugas di rumah bukan hanya isteri sahaja, suami juga perlu turut serta. 

Pasangan berkahwin perlu peka untuk memulakan kerja dalam segala hal, barulah makin serasi dan bahagia.

Namun begitu, perkongsian sebuah kelab yang agak terkenal di laman F@cebook menceritakan sebaliknya.


Si suami berasa kesal kerana isterinya suka mempertikaikan sikapnya yang tidak mahu membasuh pinggan sendiri setiap kali selepas makan. Tidak mahu dikhadam-khadamkan bini katanya lagi. Tak sesuai!

Malah si suami turut menyatakan bahawa mereka lebih sanggup membuat kerja berat daripada membasuh pinggan. Sampai macam tu sekali!


Hantaran ini mengundang perdebatan netizen.

Kalau malas basuh pinggan, boleh makan guna straw...


Sebiji pinggan pun nak berkira?


Mintalah isteri sediakan tempurung kelapa dan daun pisang hari-hari...


Sorry bro, aku tak setuju!...


Fuh. Isu basuh pinggan ni sensitif rupanya. Setakat basuh pinggan sebiji apalah sangatkan berbanding perkara dan pengorbanan lain yang dibuat isteri.

Bertolak ansurlah, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.

Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka - Surah an-Nisa, ayat 34

Semoga bermanfaat.

Sumber: Forum CARI 


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WhHqIq
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3b1H7Wb
via MerahHatiCintaku.blogspot.com