
BINTANG bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo membuktikan keprihatinan apabila beberapa hotel miliknya di Portugal bakal dijadikan hospital sebagai pusat rawatan COVID-19.
Media antarabangsa melaporkan usaha pemain kelab Juventus itu sebagai membantu dunia memerangi pandemik COVID-19.
Difahamkan, kos rawatan mangsa yang dijangkiti COVID-19 dan elaun petugas perubatan yang menjaga pesakit akan ditanggung oleh bintang bola sepak itu.
Ronaldo memiliki hotel bertaraf empat bintang di Funchal dan di bandaraya Lisbon sebagai sebahagian daripada jenama CR7 miliknya.
Sejak beberapa minggu lalu, penyerang berusia 35 tahun itu dilihat menzahikrkan keprihatinan terhadap penularan COVID-19, selain menggesa orang ramai merujuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ronaldo sedang menjalani proses kuarantin di rumahnya selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani dari kelab Juventus didapati positif COVID-19.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media https://ift.tt/2xDcnwp
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2QdUH0Q
via MerahHatiCintaku.blogspot.com