Walaupun Presiden Amerika Syarikat memberi isyarat yang dia ingin keadaan menjadi normal semula selepas 15 hari, seorang pakar penyakit berjangkit dari China memberi amaran kepada dunia bahawa perjuangan melawan coronavirus masih panjang.
Profesor Zhang Wenhong, ketua pasukan Covid-19 Shanghai dan pengarah jabatan penyakit berjangkit di Hospital Huashan Universiti Fudan, baru-baru ini dijemput oleh konsulat China di Düsseldorf, Jerman, untuk bercakap melalui telekom kepada khalayak yang terdiri dari pelajar China dan ekspatriat.
Zhang memberi peringatan untuk Eropah tidak memikirkan pandemik coronavirus akan berakhir dalam masa terdekat, dan meramalkan ia mungkin mengambil masa setahun hingga dua tahun untuk pandemik ini berakhir.
Dia menjangkakan bahawa jumlah jangkitan akan menurun pada musim panas, kemudian muncul semula ketika musim sejuk, dan akan ada satu lagi kemuncak kecil pada musim bunga berikutnya.
Kitaran itu juga mungkin berulang semula, bergantung pada reaksi kerajaan-kerajaan di dunia.
Melainkan dunia berhenti bergerak
Zhang maklum bahawa sukar untuk membendung pandemik global, menarik perhatian kepada situasi semasa di China di mana ia berjaya membendung virus itu secara domestik tetapi kini perlu memberi perhatian kepada kes jangkitan yang datang dari luar.
Dia juga membangkitkan bahawa terdapat kebarangkalian virus itu berpindah dari hemisfera utara ke hemisfera selatan dengan perubahan musim di mana kes jangkitan berpindah secara ulang alik.
Zhang menyatakan satu-satu caranya cara untuk pandemik ini dihentikan dalam masa yang singkat ialah melalui tindakan global yang berkoordinasi untuk mengelakkan penduduk di seluruh dunia dari bergerak dan mengembara selama empat minggu, satu kebarangkalian yang dianggapnya tidak realistik.
Hanya jika dunia bersetuju untuk berhenti bergerak selama empat minggu, pandemik ini mungkin berjaya dihentikan. Tapi saya rasa itu tak mungkin berlaku.
Komen profesor itu menjadi tular di Weibo di mana warganet tertanya-tanya sama ada mereka akan dibenarkan pulang ke sekolah, jika festival musim bunga tahun depan akan wujud, dan jika mereka akan dapat keluar tanpa penutup muka akhirnya.
Salah seorang dari mereka berkata:
Mulai sekarang, kita semua akan sentiasa perlu memakai penutup muka.
Sumber: Shanghaiist via amazingnara.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2y4P52F
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bpMYEZ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com