Wednesday, 25 March 2020

Perokok, Penghisap Vape Berisiko Tanggung Sakit Lebih Teruk Jika Dijangkiti COVID-19 - Pakar


Individu yang mengambil produk tembakau mungkin berisiko menjadi lebih teruk jika dijangkiti COVID-19, kata pakar.

Menurut ahli pulmonologi Mayo Clinic dan pakar perubatan penjagaan kritikal, Dr Neal Patel, amalan merokok memusnahkan mekanisme pertahanan semula jadi paru-paru seseorang.

“Merokok membuatkan anda lebih mudah terdedah kepada COVID-19 kerana ia memusnahkan mekanisme pertahanan paru-paru anda. Vape mungkin turut mengakibatkan perkara sama,” kata beliau.

Data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China mendapati kadar kematian melibatkan pesakit COVID-19 yang mempunyai penyakit pernafasan kronik adalah 6.3 peratus berbanding pesakit yang tidak mempunyai penyakit itu (2.3 peratus).

“Merokok atau menghisap vape boleh merosakkan silia pada paru-paru,” kata Dr. Patel.


“Silia merupakan folikel halus seperti rambut yang membantu memerangkap virus dan bendasing, menolaknya ke atas serta menyingkirkannya agar ia tidak kekal di situ (peparu) dan menyebabkan isu.

“Silia merupakan salah satu sistem pertahanan utama terhadap jangkitan. Tanpa silia, malangnya perokok akan kurang pertahanan. Hal ini menjelaskan mengapa sesetengah perokok yang selesema mungkin mengalami batuk berpanjangan selama berminggu-minggu hingga berbulan.

“Individu yang memiliki paru-paru yang sihat akan sembuh lebih cepat,” tambah beliau.

“Kajian menunjukkan menghisap vape juga boleh merosakkan silia pada paru-paru. Saya sarankan orang ramai berhenti menghisap vape bagi menjaga kesihatan vape dan mengurangkan risiko penyakit yang lebih teruk jika terkena COVID-19.”

Biarpun masih banyak kajian perlu dijalankan ke atas kesan rokok dan vape terhadap pesakit COVID-19, beliau menyarankan perokok dan individu menghisap vape agar menghentikan tabiat itu.

COVID-19 juga berbahaya kepada orang yang mempunyai penyakit lain seperti penyakit jantung, kanser dan diabetes.


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bs07NS
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Un4LY5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com